Thursday, January 21, 2016

Manjakan muka


Hai & Assalamualaikum.

so malam ni tak tahu nak buat apa. eloklah manjakan muka sikit sebelum i tidur. muahaha alah benda senang je. aku ni tadelah jenis yg suka sngt guna macam macam produk yang ada kat luar sana. hah serius ni tak tipu tau. aku memang jenis yg tak berapa nak berani sgt kalau nak main try je produk yg berlambak lambak kat luar sana. aku lebih suka guna benda yang semulajadi. bukan ke tu lagi selamat? bagi akulah kalau orang lain aku tak tahu. jimat duit pn jimat tau. tapi kena sabarlah sebab nak tunggu kesan dia tu lambat sikit. 

efa selalu buat masker putih telur. memang best. yang tak pernah try you kena try tau. fyi, masker putih telur ni bukan sahaja dapat mencerahkan kulit muka tapi untuk mengecilkan pori pori yang membesar,mengatasi kulit kering and bnyk lagi tau. so why not korang try kan? 


so malam ni i nk share sikit cara buat masker telur putih. senang je tak susah pun. so bahan bahan yang diperlukan ialah :
  • telur satu bijik
  • garfu
  • mangkuk
  • tisu
cara penyediaan :

- pecahkan telur & asingkan putih telur dengan kuning telur ke dalam mangkuk yang berbeza (make sure asingkan tau. sbb kita nak ambil putih telur je, dh nama pun masker putih telur kan hehehe) 

- okay lepas dah asingkan putih telur dengan kuning telur tu. kocokkan putih telur yang telah diasingkan tadi dengan menggunakan garfu sampai dia dh kuar banyak buih (tak tahu nak terangkan macam mana terangkan ikut sedap mulut je ni tapi lebih kurang macam tula)

cara menggunakan: 

-  ambil putih telur  yg dh siap tadi, sapu dekat seluruh muka awk. tapi make sure muka awk tu dh dibasuh dulula sebelum awak sapukan putih telur tu tau. 

- lepas dah sapu seluruh muka awak tu dengan putih telur tu tadi sekarang, awak letak tisu tadi dekat muka awak. tunggu sampai dia kering/ tak basah dah.

 - bila dah kering, sekarang tarik je tisu yang melekat dekat muka awk tadi.

- lepastu basuhkan muka awk tadi dengan air biasa/ air suam sampai bersih.


hah senang je kan? susah ke? tak susah pun. bahan bahan dia semua ada dekat dapur umah awk je. antara malas dengan rajin je nak buat semua ni. i selalu jugak buat masker ni sebab best muka rasa bersih je tau and selalu la jugak i curi curi telur sebijik dekat dapur mama i tu. muahahaha. sorry if ada salah silap dalam i share maklumat psl ni sbb ni first time i share apa yang berguna mcam ni dekat blog selalunya tak pun. haha i ada sediakan link ni tau. kalau awak tak faham apa yang saya ajar ni awak boleh tengok cara dia buat tau? nah cara membuat masker putih telur . so rasanya sampai sini jela eh saya merepek memalam sorang sorang dekat blog saya yg tak seberapa ni. hehe.



Love, Efa Fatiha

3 comments:

  1. Selalu nak buat sendiri macam ni, tapi tak rajin

    ReplyDelete
  2. Pun jugek slalu nak buat ceni tapi dah malam tu an, cuci muka tros zzzzz. InshaAllah nanti rajin-rajinkan cuba. btw thanks !

    ReplyDelete